Abdullah Suhaimi

Rakyat Malaysia yang berasal dari Tenom, Sabah. Keturunan suku kaum Murut Tagol. Lahir di Kg. Gumisi kemudian berpindah ke Kg. Kemabong. Kedua-dua kampung dalam daerah Tenom. Sekolah rendah di SRK Kemabong. Sekolah Menengah pula, belajar di SMK Kemabong. Kemudian sambung belajar Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau. Kerana gagal masuk U sebab keputusan STPM tak memberangsangkan, maka sementara tunggu tawaran di sektor awam, saya menceburi pekerjaan perhotelan, entah macam mana tanpa ada kemahiran dan sijil vokasional, pengurusan masukkan saya di Maintenance Department, kerana saya lebih mahir daripada mereka yang ada sijil, maka sempat juga saya jadi head department selama 3 tahun di unit tersebut sebelum berhijrah ke Semenanjung. Itu saja...