Aliff Cullen

Aliff Cullen, 23, remaja yang berasal dari Sibu, Sarawak dan kini menetap
di Kuala Lumpur dengan beberapa orang rakannya. Suka makan KFC, menonton wayang, seni, muzik dan dunia digital adalah ketagihannya . Berkelulusan SPM pada tahun 2005 di SMK Bukit Lima, Sibu dan benci membaca buku yang dikiranya membosankan. Ketika AC berusia 11, didedahkan dengan dunia komputer & internet sekaligus mempelajari HTML dan mencipta TomatoFlavor pada usia 15, sebuah hotspot download bagi telefon mudah alih GPRS ketika itu. Prestasi lain adalah seorang remaja kutu rayau, kaki lepak dan dinobatkan seorang 'pengumpul sweater' dengan kebanyakannya telah hilang entah ke mana - AC selalu muncul dengan sweater hitam yang selalu dipakainya sekarang. Yeah!!! Setelah drop-out dari university & gagal untuk mencari 'kerja nyata' setelah lulus SPM - titik terendah dalam AC, dan juga pernah menurunkan resume di sektor kerajaan dan sektor swasta yang diminati dan tidak menerima sebarang jawapan. - Akhirnya memutuskan untuk bekerja sendiri sebagai part-timer dan menempatkan kemahiran jemari dunia digital dan untuk menggunakan sebaik kemahiran yang ada dan mencadangkan idea dalam membina dan membangunkan laman web.