عبد هاليف ツ

Melaka, Johor, Sabah

عبد هاليف ツ

Melaka, Johor, Sabah

# Assalamualaikum..

Nama aku Abd Haliff b. Abd Razak. Baru habis asasi, insyaAllah akan sambung pengajian di Gombak. First time, bila orang lain jumpa aku mesti cakap aku ini sombong kot. Tapi sebenarnya tapi aku ini seorang yang pemalu dan pendiam. Bila dah kenal boleh masuk kepala, member-member aku cakap aku ini seorang yang lawak. Apa yang lawaknya aku pun tak tahu. Kadang-kadang tanya dalam diri aku ini lawak ke?

*senyum seseorang, pipi terserong-serong*

Hobi aku suka pergi majlis ilmu menghadap kitab dengan para ulama dan masyaikh. Suka bergaul dengan orang soleh. Aku suka berkawan dengan ramai orang, macam-macam orang pernah aku jumpa. Tapi satu je kau kena jadi diri kau dan pegang dengan syariat Allah bila kau nak berhadap dengan orang yang macam-macam jenis.

Aku seorang yang suka melihat sesuatu dengan pandangan rahmat dan senantiasa berfikir setiap yang sesuatu. Sampai kadangkala aku suka buat puisi. Ikut mood kalau rajin la. Haha. Tak pandai marah orang tapi bila bengang muka merah dan terus mendiamkan diri tapi bukan macam 'HULK' mengamuk tak tentu pasal. Aku steady je. Tak suka pendam perasaan. Mudah memaafkan orang.

Pesanan utk diri aku...


1. Jangan kau jadi manusia yang hanya tunduk, rukuk dan sujud tetapi hatinya kosong dari cinta kepada Allah dan sering melakukan maksiat.

2. Kau cintailah manusia yang paling banyak menangisi kerna kasih, sayang, rindu dan cinta akan diri kau manusia yang paling mulia itu adalah Rasulullah SAW.

3. Jangan berlagak baik bila berjalan di atas muka bumi ini sampai kau terlupa akan dosa yang kau sedang pikul di sebelah bahu kiri kau.

4. Bila berjalan di atas bumi jangan sombong. Kau kena ingat Rasullullah SAW ada di dalam perut bumi ini.

5. Bila orang buat salah dengan kau, kau maafkan dia. Apa hak kau nak pendam perasaan sampai orang tuh sengsara di dunia dan di akhirat.

6. Kau jangan bila dengan kawan-kawan buka main baik lagi, suka tolong inilah, itulah. Tapi dengan keluarga sendiri sering abaikan.

7. Pandangan setiap kehidupan atas muka bumi ini dengan pandangan rahmat. Dari situ kau akan rasai kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.

8. Kau tak layak untuk di puji. Yang layak untuk di puji hanya Allah.

  • Work
    • Daie
  • Education
    • Student