Aiman Aafiq

Pulau Pinang

Asalamualaikum. Seperti yang diatas korang lihat nama penuh aku, panggilan aku, umur sebenar aku dan dimana tanah tumpah air mani ku, *Eh sorry, tempat lahir. Macam selalu orang kata tak kenal maka tak cinta, okay, sekarang ni aku nak cite pasal diri aku yang tak seberapa okay, *Poyo poyo dan poyo lagi. Kalau nak kawan dengan aku biarlah ikhlas. Aku tak sempurna pun untuk pengetahuan korang, *Um, ujian Allah S.w.t. Walaupun begini cara hidup aku, aku ini tetap ada ramai kawan yang selalu baik dengan aku yang kekadang tu menyakitkan hati juga. Biasalah nama pun kawan. Muka aku tak hendsome mana pun, aku ni kurus tapi comel juga. Rasa rasa dengan keadaan aku mesti tade perempuan yang nak kan, *Sebenarnya ramai yang berebut rebut. Aku seorang yang degil, seorang yang riuh, seorang yang peramah, seorang yang baik, seorang yang lucu. Sikap aku macam kebudak budakan. Tapi aku lebih suka jadi diri sendiri. "Ada Couple tapi kenapa Cakap Single", *Nope, ini bukan perinsip aku, aku mengaku aku dah berpunya dan aku sayang siDia sampailah aku mati. Aku tak pandai sweet tapi orang kata aku sweet. Okay, mungkin aku je tatahu yang aku ini sweet, *Kunyah cekelet. Cita cita aku nak jadi seorang Photogrape tapi seorang pun tak beri sokongan. Sia sia saja keinginan aku sejak Form3. Kenapalah manusia dalam dunia ni pentingkan duit yang banyak. Bagi aku duit tu bukan segalanya sebab duit boleh dicari. Duit tu tak akan bawa mati. Kalaulah aku beristeri aku harap isteri aku seorang yang berjimat, tak abiskan duit dan pandai melayan aku *Ada ke perempuan macam ni? Warna kesukaan aku hitam. Tapi lebih kepada hitam terang. Jangan ingat warna hitam masa depan gelap. Mama aku seorang yang comel itu Papa aku pun tergoda. Papa aku seorang yang macho, segak, bergaya itu Mama aku cair. Diorang pun bersama lalu aku pun dilahirkan di Hospital Bukit Mertajam. Nampak tak diorang sweet? Aku adalah seorang abang kepada lima orang adik. Empat perempuan dan Satu lelaki. Nak namakan satu satu pun malas. Rasanya korang tanak ambik tahu kot. Itu saja yang mampu aku tulis tentang aku. Harap korang dah mengenali aku dan for you sayang, I Love You Only Siti Nur Amira. *Byebye, jumpa lagi.

  • Work
    • McD Alma