Ahmad Alif Haiqal

Tumpat, Kelantan

Hai and Assalamualaikum,

Saya Ahmad Alif Haiqal b. Azman. Dilahirkan di Hospital Besar Tumpat, Kelantan pada pukul 7.00 p.m bertarikh 4 Oktober 1996. Merupakan anak kedua daripada 3 adik- beradik.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah. Sepanjang 5 tahun menuntut ilmu di sekolah akhirnya SPM datang menjengah pada tahun 2013. Telah buat sehabis baik demi menggembirakan hati ibu bapa.

Saya juga amat meminati Silat. Menyertai Pertubuhan Silat Gayung Fatani Malaysia pada tahun 2009, dan masih aktif sehingga kini. Alhamdulillah, silat mengajar saya erti keberanian dan pertahanan diri. Berpegang kepada prinsip ``Gayung Fatani pantang dicabar, kalu dicabar berani mati``.

Sekarang saya menuntut di Management and Science University dalam Diploma Seni Kulinari. Memilih program ini kerana minat yang mendalam tentang kulinari. Matlamat saya suatu hari nanti supaya dapat membuka perniagaan sendiri dan membantu kedua ibu bapa saya.

Di rumah, saya seorang yang agak rajin. Jika seharian tidak berada di dapur, janganlah tegur saya. Cita-cita saya besar, nak jadi seorang masterchef la kononnya. Tapi jika cita-cita tercapai, Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi.

Ciri-ciri wanita idaman:

Bertudung

Lemah lembut

Pandai memasak

Pandai menambat hati suami

Menghormati ibu bapa

Pandai kemas rumah

Harapan saya agar kita semua segeralah menuju jalan yang benar sementara masa masih ada. Ingin ke Jannatul Firdausi.

  • Work
    • Student at S.M.K Pandan Indah
  • Education
    • SPM 2013
    • PMR 2011