Amirul Mohamed

Assalammulaikum, membaca, melihat, merenung, mengira, menganalisis, adalah kegemaran saya. Blog ini adalah mengumpulkan semua catatan saya untuk dibukukan. Perjalanan masih jauh, tetapi berjalan dan terus berjalan akan tiba destinasi impian. Saya punyai impian dan saya menjaga impian.

Perkara paling seronok di dunia adalah bersyukur, dan perkara paling kecil di dunia adalah mengapai impian. Impian tanpa syukur umpama jiwa tanpa jasad.

Diahirkan di Klang, Selangor. Saya anak ketiga daripada tiga adik-beradik. Suka dunia blog. Meminati bidang penulisan kerana memberi ruang untuk bersuara dan mencipta emosi yang terancang. Memberitahu apa yang dirasakan betul. Perkenalan saya bukan di ruang ini, berkenalan saya lebih rapat melalui rangkaian sosial. Hehe, seperti YB yang penat berkerja. Selebihnya saya ucapkan, selamat membaca di blog saya, Segelas Air Berisi Separuh Penuh di amirulmohamed.blogspot.com

Sekian, terima kasih. :D