Arzmie Fazrie ...

Keningau, Sabah.

Nur Arzmie Fazrie Bin Raymie anak kepada Raymie A. Bakar dan Nur Ain Shahira berasal dari sebuah kota kecil di negeri Sabah yang diberi nama Keningau. Insan ini dilahirkan di atas muka tumpangan ini pada 24 Februari 1995 sebagai seorang lelaki yang gagah, berani dan berintelektual. Menyimpan hasrat untuk mempunyai syarikat sendiri pada suatu hari nanti membuatkan anak muda ini rajin mencari kenalan berbangsa cina yang sudahpun mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Beliau kini sedang melanjutkan pelajarannya di Kolej Matrikulasi Labuan dalam program dua tahun modul II Kementerian Pelajaran Malaysia. Meskipun beliau bukanlah seorang yang bagus dalam bidang sains tapi bidang kejuruteraan seringkali menarik minat beliau, hal menyebabkan beliau bersungguh-sungguh untuk menceburkan diri dalam bidang ini.

Anak muda ini mengambil kata-kata mantan presiden Indonesia, Pak Karno yang berbunyi "gantunglah cita-cita mu setinggi langit-langit yang tinggi, kerna jika engkau jatuh, engkau akan jatuh di antara buintang-bintang yang tinggi. Kata semangat inilah yang diharapkan dapat membantu beliau untuk menjadi seorang yang anak yang dapat membalas jasa orang tuanya kelak.

  • Work
    • Student.
  • Education
    • Chemistry, Physics at Labuan Matriculation College.