Ayeem Jemain

Muhammad Zaim bin Jemain nama penuhnya, Ayeem nama samarannya. 11 Disember 1989 tarikh lahirnya. Klang tempat lahir dan tempat tinggalnya. Pemegang Diploma in Computer Science Kolej Poly-Tech MARA. Pernah menyambung Degree di UiTM Shah Alam, tetapi berhenti di pertengahan jalan semasa di semester pertama.

Mempunyai kemahiran dalam bidang flash yang merangkumi skill melukis, membuat animasi dan membuat program. Juga berpengalaman sebagai Game Artist di sebuah syarikat multimedia Islamik selama setahun. Sudah beratus freelance job berkaitan flash pernah dibuat, antara client yang dikenali adalah Felcra dan Telekom Malaysia. Layari zaimjemain.com untuk melihat portfolio dan hasil kerja.

Kini, aktif dengan dunia Internet sehingga mempunyai 5 blog dan laman web. Antaranya Ayeem Ayam, Fuuubook, Pak Rodi, Dunia Tuto, dan yang terbaru Ayamz, laman yang menawarkan pelbagai servis.