Azimah

Malaysia

Gadis Jun

23 tahun

Peramah, mesra dan terbuka.

Bergiat aktif dalam persatuan belia sejak menamatkan zaman persekolahan.

Be nice to me and I'll be nice to you too =)

Love to travel and discover.

I love my family

I love my friends

Hidup di dunia ini adalah satu permusafiran. Satu kembara yang sementara menuju destinasi kekal selamanya.

Dan aku sedang berada dalam kembara itu. Sungguh! Pengembaraan yang sungguh mencabar namun memberi makna buat mereka yang menggunakan akal dan minda.

Kekadang rebah dipijak. Kekadang tinggi dijulang.

Kekadang tersungkur rebah. Kekadang melayang gembira.

Hidup ini mempersonakan. Tapi jangan sampai hanyut.

Hidup ini indah. Tapi jangan sampai lalai.

Hidup ini, jika hanya mengejar dunia semata. kelak cuma lelah yang dapat.

Hidup ini, jika tidak bersyukur, mahunya tak kesudah. dapat lagi, mahu lagi. dapat lagi, mahu lagi. Tidak pernah akan puas dan cukup.

Dunia ini ibarat air laut, makin diminum makin haus.

Hiduplah dengan kadar yang engkau mahu, Jika engkau tidak malu. Malu pada Tuhanmu.

Pada saat Tuhan menegur aku dengan caraNya, aku sungguh malu. Dengan dosa dan noda dek kerana dunia yang fana dan mempersonakan mata dan jiwa.

Hiduplah dalam redha Tuhanmu. Dalam cinta dan sayangNya. Dalam sinar cahaya hidayahNya yang memenuhi ruang jiwa.

Hidup ini bukan sekadar hidup. Ketahuilah! Carilah!

Siapa dirimu, siapa Tuhanmu dan untuk apa engkau diciptakan.

dan aku, masih dalam kembara ini..kembara dalam mengenal diri, mengenal Tuhan dan mengenal makna sebuah kembara dunia menuju alam 'sana'

  • Work
    • Full time volunteer for Society and Ummah
  • Education
    • Food Science and Nutrition