AZMIR ALEWI

Student, Father, and Small Business Owner in Simpang Renggam, Malaysia

Read my articles

Assalamualaikum nama saya Azmir bin Alewi. Saya berasal dari Simpang Rengam, Johor. Saya berumur 19 tahun dan kini merupakan pelajar tahun pertama Universiti Putra Malaysia.

Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang diri saya yang penuh kekurangan ini tapi juga disertakan dengan beberapa kelebihan kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Saya rasa saya sangt beruntung menjadi diri saya sendiri kerana saya tidak perlu untuk jadi seperti orang lain. Saya seorang yang tenang dan tidak gemar menggelibas. Saya juga tidak rajin dan tidak malas. Selain itu, tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya seorang yang agak penyabar.

Seterusnya mengenai pelajaran dan kehidupan, bagi saya pelajaran berlaku sepanjang kehidupan berjalan. Selaku pelajar saya rasa proses pelajaran sudah menjadi semakin moden dengan berleluasanya penggunaan internet. Pada pendapat saya, usaha merupakan perkara utama dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran seterusnya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat in shaa Allah.

Oleh itu saya berharap kawan-kawan dapat membantu saya mengharungi liku-liku kehidupan seorang pelajar agar kita dapat sama-sama berjaya. Di samping itu, saya juga berharap pensyarah dapat memberikan tunjuk ajar kepada kami para pelajar yang sememangnya dahagakan ilmu.