BIDAYAH

Buku ini telah disusun dengan ringkas dan padat berdasarkan kepada gaya bacaan yang terdapat dalam Al-Quran iaitu bacaan panjang, dengung, qalqalah, dan sebagainya. Walaupun hukum tajwid tidak diterangkan dengan terperinci, tetapi aplikasi terhadap bacaan secara bertajwid diterapkan secara lansung. Sesungguhnya membaca Al-Quran secara bertajwid adalah fardhu ain. Manakala belajar hukum tajwid adalah fardhu kifayah. Oleh itu bagi mereka yang baru bermula membaca Al-Quran, kaedah buku BIDAYAH ini merupakan pilihan yang tepat. Ini sesuai dengan maksud BIDAYAH itu sendiri iaitu Permulaan. Siapa yang patut miliki buku ini? 1. Sesiapa yang baru bermula belajar membaca Al-Quran. 2. Para guru Al-Quran yang ingin mengajar Al-Quran dengan cepat dan berkesan. 3. Ibu bapa yang perihatin terhadap kebahagian anak di dunia dan akhirat. "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada orang yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim)