Diamond Syah

Malacca, Malaysia

Haluu everyone <3

Nama aku Intan Syahirah Abdul Talib, tapi genk semua panggil aku Intan or Diamond ( ehem, cikgu BI aku yang mula-mula panggil aku DIAMOND~ so sudah melekat gelaran itu). Dilahirkan di Melaka Negeri Bersejarah pada tanggal 15 Disember 1996 ( tahun tikus) Berpendidikan awal di Tadika Kemas Bukit Rambai, di ikuti dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai ( darjah satu sampai darjah enam). Keputusan yang tidak berapa baik ( 2A 2B 1D) hanya melayakkan aku melangkah ke sekolah sebelah~ Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai ( tingkatan satu sampai tingkatan empat perdagangan 2- tu pun awal tahun je). Oleh kerana, aku tak dapat menyuaikan diri dengan Cikgu Math yang garang, aku mengambil langkah untuk melarikan diri ke Sekolah Kebangsaan Klebang Besar ( kelas 4k1) hanya selama tiga bulan setengah kemudian bermula perubahan yang besar dalam hidup aku bila aku berpindah ke rumah pak cik Saudara dan keluarganya yang terletak di Mantin. Mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin bersama sehelai slip PMR yang hanya cukup-cukup makan ( 1A 6B 1D), pengetua mengepos aku ke kelas 4 perdagangan. Arghh!! Perdagangan bukan minat aku! Aku meminta supaya dipindah ke 4 Sastera ( kelas yang memang aku harapkan lagi sewaktu di SMKBR). Alhamdullilah dengan izin Allah swt, aku menjejakkan kaki ke sana.

TAHUN 2013- bermula perang besar sekali lagi selepas UPSR DAN PMR. Perang ini lebih besar, perang ini menentukan sama ada ke mana arah tuju hidup aku ini, sama ada kelak aku seorang penulis yang duduk di atas kerusi pusing di depan komputer riba atau seseorang yang hanya layak dibaling ke tong sampah~ PERANG INI ORANG PANGGIL SPM.

Hobi aku berimaginasi dan membaca, bila ada dua tu datang pula minat aku menulis, bila ada minat menulis tu kebetulan ada pula bakat aku berseni lepas tu timbul cita-cita nak jadi penulis.

Sejujurnya, aku annoying gila dengan orang yang tak reti nak jaga hati orang lain tapi hati dia orang lain kena jaga. Lagi satu aku bengang gila dengan budak yang bila dia takde kawan je baru nak kawan dengan aku, bila kawan dia ada sibuk dia sindir-sindir- untuk budak-budak macam ini my middle finger uplah untuk kau

Dah nak hampir 2 tahun setengah aku kehilangan Mama aku, but you knowlah life must go on :) Dia tetap dalam kenangan dan tersemat di dalam hati. Selepas kehilangan dia aku lebih menghargai orang sekeliling- apa yang aku belajar hargai seseorang sebelum seseorang itu pergi.

  • Work
    • Student
  • Education
    • SMKBR
    • SMKKB
    • SMKM