Mr September
Mukah, Sarawak
Anak bongsu daripada 2 beradik kepada pasangan Rili b Hj Samah dan Jamayah bt Nua. Dilahirkan di Hospital Mukah pada hari Jumaat, 29 September 1995. Zaman persekolahan bermula di SK Dato Pengiran Mohamad, Oya. Menunjukkan persaingan yang hebat kepada rakan-2 lain. Dilantik menjadi pengawas pada umur 11 tahun dan dinaikkan pangkat ke ketua pengawas setahun kemudian. Mendapat 5A dalam UPSR tidak cukup memuaskan. Menyambung persekolahan di SMK OYA dan mula menunjukkan kelekaan kerana banyak mewakili sekolah dan bahagian bermain bola sepak. Cenderung untuk tido dalam kelas. Keputusan PMR 6A 2B - KHB dan Sains, B. Berada dalam kelas sains tulen di tingkatan 4 tidak menghalang keaktifan dalam sukan. Mewakili bahagian sebanyak 3 kali untuk membantu pasukan. Cenderung tidur dalam kelas pada subjek tertentu. Tinggi 168cm dan berat 56kg pada 2012.
Mengemari muzik dari kumpulan Maroon 5, Adam Levine, Muzik-2 dari kumpulan rock 90-an tanah air seperti Spoon, Exist, dan banyak lagi. Makanan kegemaran, KARIPAP!!! XD, ayam masak merah, ayam masak kicap dan semua yang berkaitan dengan ayam. *hehe*
Minat bermain permainan video, menonton televisyen dan lepak apabila ada masa yang terluang. XD Seorang yang peramah, banyak cakap, suka membuatkan orang ketawa, kuat menyidir, manja XD , lebih suka merendah diri dengan kekurangan sebagai seorang hamba Allah SWT. :)
Impian hidup telah diukir iaitu untuk menjadikan hidup di masa depan lebih baik daripada hari ini. Insya Allah.