Firdaus Al-Fatani

Blantyre

Sejarah hidup aku terlalu panjang untuk disoroti. Ibu dan ayah aku berasal dari Selatan Thai. Hampir 30 tahun lalu, Ayah dan Ibu yang aku gelar Mek, berhijrah secara haram ke Malaysia menjadi buruh penoreh getah di Kelantan. Hidup di negara orang, sebatang kara, kehidupan kami diselubungi kesusahan. Tiada sanak saudara yang boleh bergantung dan hidup merempat di bumi yang budaya sangat berbeza.

Kami bersyukur kerana hubungan mek dengan pemilik kebun getah dan beberapa orang2 kampung itu sangat akrab dan merekalah yang sanggup menghulurkan tangan ketika melihat kesusahan yang dialami. Mek seorang yang rajin membanting tulang, keringatnya umpama lelaki dan dia tidak pernah mengeluh akan apa perbuatan orang terhadapnya malah dia sifat sentisa mengenang berbudi tidak pernah luntur dari diri Mek sejak dulu.

Kami sekeluarga sudah biasa diperhambakan, walaupun steruk mana sejarah itu, tidak pernah ada rasa untuk bermusuh dengan sesiapa. Itulah asam garam dunia ini, manusia akan selalu mengadili sesuatu dengan wang ringgit, kehidupan dikampung, orang miskin yang hampir papa kedana macam kami selalu akan dipandang meyusahkan.. anak-anak awal-awal sudah dipandang bakal tidak memiliki masa depan. Ada ketika sehingga satu kemuncaknya, kami pernah dihalau dari duduk menumpang dalam tanah mereka akibat fitnah2 manusia yang berhati busuk.

Sekalipun kami antara yang termiskin dalam kampung tu, mek tidak pernah mengajar aku meminta2. Aku diasuh supaya berusaha dan membela nasib keluarga. Sekalipun buta huruf, hatinya celik dan berpandangan jauh...ditambah lagi aku sekeluarga belum ada kerakyatan, Mek bertungkus lumus berjuang menyara aku ke sekolah dan dirumah aku tidak diajar untuk merayau tak tentu hala seperti kawan akrab aku yang lain, mereka juga bersekolah dan mengaji. Balik sekolah antara aktiviti lain mereka pergi kesungai, menembak ikan...melastik burung, permainan anak-anak pinggiran. Lantas, ada antara mereka tercicir dek kerana kelalaian itu. Tapi aku pantang ada cuti, pasti mek minta aku sibukkan diri membantunya mengutip sekerap, mecari kayu api untuk dibuat stok ketikahari hujan, pungut kulat dan apa saja yang dia rasa perlu.

Dan lantas dari situlah aku 5 beradik belajar erti kesusahan, pastinya hidup kami banyak menyaksikan ragam manusia....