Hafiz Rahim
Bandar Baru Bangi, Selangor
HafizRahim - Anak kelahiran Terengganu. Dilahirkan pada tahun 1985. Merupakan lulusan jurusan Air Conditioning & Refrigeration Technology di Malaysia France Institute. Tetapi bekerja diluar bidang, minyak dan gas. Telah mendirikan rumah tangga pada May 2011, mempunyai seorang cahaya mata (tomato boy).
Masa lapang banyak dihabiskan dengan menonton TV, melayari Internet, game dan tidur di atas tilam yang super empuk. Minat berblogging sejak dibangku sekolah lagi. Mula serius berblogging pada tahun 2012. Blog HafizRahim.Com merupakan yang pertama menggunakan self hosting & domain berbayar.
Disamping berblogging kerana minat, juga menerima sebarang permintaan untuk mengiklankan produk berbentuk advertorial. Antara advertorial yang pernah dipublishkan boleh dilihat di sini. Sekiranya anda salah seorang advertiser yang sedang mencari blogger untuk mengiklankan produk anda, sudilah kiranya menghubungi saya untuk berurusan.