Harmoney Late
Merupakan seorang guru, mempunyai kelulusan Ijazah sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Bawah. Dilahirkan di Kampong Sungai Liang. Mula bersekolah di Sekolah Rendah Pusar Ulak, kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Sungai Liang. Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pg. anak Puteri Hajah Rashidah dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke peringkat A di Sekolah menengah Sayyidina Ali. Menyambung pengajiannya selama empat tahun Sarjana Muda Sastera Pendidikan di Universiti Brunei Darussalam. Merupakan seorang pemain bola yang "versatile", bermain di banyak posisi merupakan satu kelebihannya. Kemuncak kariernya dalam bidang bola sepak ialah mewakili Kelab Bola Sepak UBD untuk ke Pesta Sukan Kebangsaan dan ASEAN Universiti Game di Kuala Lumpur. Kini dia bermain untuk Cluster Five. Selain itu, dia juga seorang pemain futsal, badminton, bola tampar, sepak takraw, frisbee dan seorang pelari pecut 100m dan 4x100m.