Hensem

Kuala Lumpur

Hensem

Kuala Lumpur

Kenali saya dulu :

Nama saya 'Hensem'. Nama ni Abg Fafeiz yg bagi (tuan saya yg dulu). Mama ambil saya masa umur saya 1 tahun 2 bulan sbb abang faeiz nak sambung belajar. So skrg mama yg jaga saya dirumah baru. Di sini semua sayang saya. Saya seekor jer kucing kat sini, letih saya nak layan mama dan anak2 dia. Mama belikan cage, cat tree dan mcm2 mainan saya.

Mula2 saya datang rumah mama, saya takut sbb tak kenal dgn org baru dan tempat baru. Mula2 mama pun takut dgn saya, kak Ja pun sama. Tapi mama dan kak Ja pandai buat saya rasa selesa dan rasa rumah mama bukan ancaman utk saya. Skrg saya dah happy tapi cuma mama masih ikat saya sbb takut saya lari.

Asal keturunan saya:

Keturunan saya berasal dari Kenya, Afrika. Nama keturunan saya adalah SOKOKE. Saya ni spesis kucing hutan yg garang. Tapi saya dilahirkan di hutan batu Kuala Lumpur, so saya dah jadi kucing bandar. Cuma saya masih ada sifat2 semulajadi sebagai kucing hutan. Walau bagaimana pun saya boleh menyesuaikan diri dan berperangai mengikut keadaan persekitaran. Saya memang agak pandai berfikir, sebab tu la saya dikategorikan antara 5 kucing yg paling bijak di dunia. Woww.... Bangga nyer. Cuba baca kat sini... http://www.smartlivingnetwork.com/cat-health/b/the-top-5-smartest-cat-breeds-in-the-world/

Lagi cerita tentang spesis saya.. Keturunan saya ni mempunyai corak yg agak sama. Saya sebenarnya manja dan suka bermain. Pendengaran saya sgt peka dgn persekitaran. Ini mungkin kerana Allah jadikan saya sebenarnya utk tinggal di hutan dan perlu ada pendengaran yg baik utk mengelak ancaman binatang lain.

Corak di badan saya ni sebenarnya menyerupai corak kulit kayu pokok di hutan. Ini jua Allah jadikan kerana faktor persekitaran tempat asal saya di hutan, supaya saya sentiasa selamat dari penglihatan binatang pemangsa yg lain. Saya kan kecik jer, walaupun garang tapi saya tetaap tak boleh lawan harimau yg besar2 tu kan..

Banyak lagi kisah saya ni. Awak semua baca la kat link ni jer..http://www.sokokecat.org/history.htm

Thanks for reading... Jangan lupa terus baca cerita saya di rumah mama. Apa mama nak buat dgn saya. Saya dengar mama cakap dia nak tengok saya bijak mcm mana. Arghhhh..

  • Work
    • Mama's home
  • Education
    • Mama's College