i'll charlie

Pernah dibuang asrama atas kesalahan "lompat pagar" semasa berumur 14 tahun. Pernah ditangkap "berjudi" semasa berumur 15 tahun. Pernah digantung asrama SMT alor setar atas kesalahan "merokok" semasa berumur 16 tahun. Pernah berulang-alik ke sekolah dari Kodiang - Alor Setar menaiki bas untuk ke sekolah selama 2 minggu. Pernah dibuang asrama atas kesalahan berulang iaitu "merokok". Pernah tinggal di rumah sewa semasa berumur 16 tahun. Pernah terlibat dalam "pergaduhan" kerana menolong budak asrama yg teraniaya. Pernah disoal-siasat kes "buli" melibatkan seorang anak Datuk. Pernah dibuang sekolah kerana "tidak datang sekolah" selama lebih 60 hari tanpa alasan. Pernah berpindah ke SMT pendang atas alasan tiada tempat di asrama padahal buangan SMT alor setar. Pernah ditangkap "merokok" pada hari ketiga di sekolah baru. Pernah ditangkap kerana "mencetuskan huru-hara" dengan membakar mercun dihadapan rumah warden. Pernah ditangkap "lompat pagar" SMT pendang semasa berumur 17 tahun. Pernah disoal-siasat atas kes "pecah masuk pejabat" akhirnya didapati BERSALAH. Pernah dibuang asrama serta merta dan mencatat sejarah org pertama dibuang di SMT pendang. Pernah tinggal dengan "family angkat" ketika sebulan lagi bakal menempuh SPM. Pernah dihukum kerana "melarikan diri" semasa di PLKN. Pernah bermalam didalam lokap atas kesalahan "urin" -ditangkap di pusat hiburan 'Vox'. Pernah alami "ketagihan alcohol" apabila kerap ke 'Danok' semasa semester 4 di polimas. Pernah menjadi penagih dadah jenis "methamphetamine" selama 3 tahun. Pernah dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan urin mengandungi "methamphetamine". Pernah dibawah "pengawasan polis" selama 2 tahun. Pernah bermacam-macam lagi. Yg belum pernah ialah jadi seseorang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara. Dengan menjadikan kesalahan satu medan pembelajaran saya tekad untuk berubah :)

"Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani"