AIN IZHAR

Johor Bahru, Malaysia

AIN IZHAR

Johor Bahru, Malaysia

Hidup kita ni singkat dan bakal berakhir dan kita akan dibangunkan semula untuk diperhitungkan segala amalan kita di dunia ini.

Seperti mana yang kita tahu, dunia ini bukan tempat kita untuk bersenang lenang, dan bergoyang kaki. "Dunia ini penjara bagi orang mukmin, syurga bagi orang kafir". Take note people.

Kejar "REDHA" Allah. Semoga Allah merahmati kita semua. Nak masuk syurga dengan rahmat Allah. Biar amalan kita sedikit, tetapi kita istiqamah melakukannya. Berhenti daripada melakukan perkara yang Allah tak suka. Berusaha untuk melakukan apa yang Allah suka, apa yang Allah suruh. Berbaliklah kepada Al Quran dan As Sunnah.

Itulah yang sebenar-benarnya. Solat lah kamu sebelum kamu disolatkan. Berusaha untuk melaksankan semua yang "WAJIB". Solat fardu itu wajib. Ber"ALL OUT" yang wajib. Solat sunat, jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua, sekurang-kurangnya buatlah solat sunat untuk menyempurnakan solat fardu kita.

Semoga Allah merahmati kita semua. Ingat, Allah itu Maha Pengampun. Masih belum terlambat untuk bertaubat. Sekarang, bukan esok. Jangan tangguh. Berhenti ucap "NANTILAH, ESOKLAH"...please,,elakkan ucap perkataan yang sedemikian.

Kalian yang dirahmati sekalian, sekarang bukan masa untuk kita bermain-main lagi. Fokus cari cinta Allah, fokus kejar redha Allah, fokus nak dapatkan syurga Allah. Fokus untuk mendapatkan rahmat Allah.

Doakan saya "pergi" dalam keimanan (husnul khotimah). Doakan saya dapat menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu ayah saya. Doakan saya menjadi hamba yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Allahumma Amin ~~

  • Work
    • Student, Writer