KAMI Playgroup
Community Service and Special Needs Playgroup in Petaling Jaya, Malaysia
KAMI Playgroup
Community Service and Special Needs Playgroup in Petaling Jaya, Malaysia
KAMI (Kumpulan Anak Autisme Masjid) merupakan sebuah 'playgroup' untuk anak-anak autisme dan berkeperluan khas (pendapatan isi keluarga B40-M40). Ia tidak berasaskan keuntungan dan dijalankan oleh sukarelawan sebagai usaha khidmat masyarakat di Masjid Kg Tunku, PJ. Ia juga terbuka kepada semua, tanpa mengira latar kaum dan agama.
KAMI bersifat bukan klinikal, bermaksud kami TIDAK MENYEDIAKAN diagnosis, nasihat perubatan, terapi, intervensi, Program Pendidikan Individu (PPI) atau kaunseling. Namun begitu, ia menawarkan:
1. Suasana mesra dan sokongan kepada keluarga-keluarga berkeperluan khas.
2. Aktiviti-aktiviti yang mendorong setiap ahli untuk mencuba sesuatu yang baru, meneroka minat dan belajar menerusi bermain.
3. Peluang berjumpa sahabat lama dan bertemu rakan baru.
4. Idea permainan dengan sasaran terapi (motor kasar, motor halus, permainan sensori dll) yang boleh diterapkan dan diubahsuai oleh ibu bapa di rumah, mengikut keperluan anak masing-masing.
Waktu operasi
Sabtu: 11.00 pagi - 12.00 tengahari
(Dua kali sebulan)
Lokasi: No. 7, Jalan SS 1/31, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
KAMI dibiayai oleh sumbangan derma. Untuk sebarang pertanyaan emel kami di [email protected]
******************************
KAMI (Kumpulan Anak Autisme Masjid) is a not-for-profit playgroup for children with autism and additional needs (family income B40-M40). It is a community service run by volunteers at Masjid Kg Tunku, PJ. Families of all races and religions are welcomed to join us.
We are non-clinical, meaning we DO NOT provide diagnosis, medical advice, therapy, interventions, Individualised Education Plans (IEP) or counselling. However, we DO offer:
1. A welcoming and supportive environment for special needs families.
2. Activities that encourage members to try something new, explore interests and learn through play.
3. Opportunities for meeting old friends and making new ones.
4. Ideas for play-based activities with therapy goals (gross motor, fine motor, sensory play etc) that parents can apply and modify at home to meet their child's needs.
Operation hours
Saturdays: 11.00 am to 12.00 noon
(Twice a month)
Location: No. 7, Jalan SS 1/31, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
We are funded by public donations. For inquiries, email us: [email protected]