Rudy Ludinata
Professional Image Consultant in Kuala Lumpur, Malaysia
RUDY LUDINATA menerima latihan intensif dan pentauliahan professional sebagai Perunding Imej Bertauliah – Diploma Kemahiran Malaysia (Perundingan Imej) dari Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia selain pentauliahan Certified Profesional Image Consultant (CPIC) dan Certified Fine Dining Consultant (CFDC). Beliau berpengalaman dan berkemahiran tinggi mengendalikan program Perundingan Imej, Protokol, Etiket Sosial, Pengurusan Khidmat Pelanggan dan Pengurusan Majlis Rasmi.
Rudy yang mempunyai kelulusan undang-undang dari Fukushima University, Jepun pernah menjadi Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Korporat sebuah badan berkanun.
Sepanjang karier beliau, Rudy berpengalaman menguruskan pelbagai majlis dan acara yang berprestij tinggi serta dihadiri oleh individu kenamaan negara seperti Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri dan YB Menteri-menteri Kabinet ketika beliau bertugas sebagai Diplomat di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia.
Melalui pengalaman tugas, kemahiran dan pentauliahan yang beliau perolehi, Rudy kini aktif diundang mengendalikan pelbagai program latihan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, selain menjadi tenaga pengajar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kementerian Luar Negeri Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN).
Selain itu, Rudy turut melaksanakan pelbagai kursus dan latihan di syarikat korporat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), ASTRO, RTM, Maybank Etiqa Bhd., HSBC Amanah, Bank Islam, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), AJWA Holdings, PASDEC Holdings dan sebagainya. Kelebihan beliau mengendalikan program dengan teknik yang interaktif dan menggalakkan penglibatan peserta menjadi antara faktor beliau kerap diundang sebagai traineratau penceramah.
Mantan pramugara di sebuah syarikat penerbangan terkemuka dunia di Asia Timur yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun ini juga, pernah diundang berkongsi topik berkaitan penampilan lelaki secara bersiri di Radio Nasional FM.
Beliau merupakan penulis Best Seller Buku 77 INSPIRASI GAYA PENJAWAT AWAM.
#PerundingImejGOMEN
#IMAGenius
+ Please don't hesitate to contact him for the English Version.