Mawar HomeStay Terengganu

Mawar Homestay menawarkan perkhidmatan penginapan 16 bilik tidur kepada pengunjung-pengunjung di Bandaraya Kuala Terengganu.

Mawar Homestay terletak di dua lokasi strategik iaitu di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Terengganu dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmood dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kami menyediakan kemudahan penginapan selesa kepada para pengunjung dengan kadar sewa berpatutan.

Kami juga sedia menawarkan pakej lawatan ke lokasi peranginan di sekitar Kuala Terengganu, seperti pakej lawatan ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, memancing dan mencandat sotong dengan tema "Jimat Menyewa, Mewah Berbelanja", kami sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan.

Antara kelebihan kami:

Laman rekreasi yang indah

Kemudahan kolam renang.

Kelengkapan rumah yang mencukupi

Kemudahan tempat letak kereta dan bas.

Dewan keluarga yang luas dan selesa.

Bilik yang luas dan selesa.

Dengan kemudahan lengkap seperti mesin basuh, sofa, meja makan, televisyen, Astro, peti sejuk dan lain-lain lagi.

Kami juga terletak berhampiran dengan pantai peranginan Batu Buruk, Pasar Payang, Pusat Bandarayar Kuala Terengganu, Masjid Kristal dan juga pusat-pusat Rekreasi.

Sila klik sini untuk tempahan atau lawati salah satu dari laman web kami melalui link-link di bawah.