Minggu Seni Budaya dan Warisan 2013

Universiti Malaysia Sarawak

Minggu Seni Budaya dan Warisan 2013

Universiti Malaysia Sarawak

Visit my website

Minggu Seni, Budaya dan Warisan (MSBW) 2013 merupakan sebuah acara kesenian selama 4 hari yang dianjurkan oleh Jabatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak. Bakal berlangsung pada 9, 10, 11 & 12 Oktober 2013 , acara ini mempamerkan kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia terutamanya Negeri Sarawak.

Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9 ini akan tertumpu ke arah mempamerkan kebudayaan Malaysia melalui acara malam seni persembahan dan pameran galeri. Program yang di cadang pada malam persembahan adalah seperti Malam Teater Rakyat, Malam Simfoni Budaya, Malam Kenyalang dan program sampingan yang akan diselit sepanjang Minggu Seni Budaya dan Warisan ke-9.

Pada sebelah siang, laman seni Fakulti Seni Gunaan & Kreatif akan ditransformasikan menjadi sebuah pusat seni & budaya. Khemah-khemah pameran dan aktiviti yang dihias akan didirikan di sekitar laman seni dan sebuah pentas juga akan didirikan di sebelah tepi laman seni FSGK. Pentas luar tersebut akan digunakan untuk perasmian Minggu Seni Budaya dan Warisan. Selain itu, pentas luar tersebut juga akan digunakan untuk persembahan hiburan serta penyampaian hadiah untuk aktiviti-aktiviti khemah.