Pdk Samarahan
Samarahan, Sarawak
PDK Samarahan telah ditubuhkan pada Mac 1996 dan pada masa kini menempatkan 72 Orang OKU (0-35 tahun) . Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap usaha-usaha untuk mencegah dan memulihkan Orang Kurang Upaya (OKU) supaya mereka menjadi lebih produktif serta dapat hidup berdikari di dalam stuktur pembangunan yang sedia ada.
PDK juga menekankan penglibatan penuh dari Keluarga OKU, komuniti , Syarikat Swasta, Jabatan Kerajaan dan lain-lain supaya mereka dapat membantu PDK didalam aspek-aspek tertentu bagi membantu OKU menjalani kehidupan seharian dalam memberi sistem latihan, pemulihan dan pembelajaran berdasarkan umur dan perkembangan.
Antara Ojektif penting ialah :-
1.1 Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya.
1.2 Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
1.3 Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti
1.4 Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti
1.5 Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
1.6 Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Pada masa kini PDK Samarahan telah berusia 12 tahun, didalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang telah dilakukan memandangkan usia OKU semakin meningkat dewasa. Dahulu PDK hanya menekankan kelas pembelajaran harian dari pukul 9 pagi hingga 11 Pagi. Tetapi pada masa kini pekerja bukan saja menjalankan kelas harian malahan pelatih difokuskan tentang latihan vokasional, kelab OKU kesenian, penjualan produk barangan PDK seperti membuat kerepek, kad, bookmark, barangan kraftangan dan latihan kehidupan kearah berdikari.