Muhamad 'Akasyah Noh

Volunteer in Sungai Petani

Read my articles

"Patik Mohon Serbam derhaka"
Di tanah yang menjulang daulat, kata-kata sering diajar mengenal batas, sedangkan diam semakin mahir menyembunyikan luka. Ada yang dipandang mulia kerana mahkota, ada yang dilupakan kerana hanya memikul beban. Lalu lahirlah sebuah naskhah yang tidak memilih menjadi pujian, juga tidak berhasrat menjadi hukuman. Ia sekadar menghimpunkan kias, ibarat dan bicara yang berlapis, agar setiap helaian dibaca dengan akal sebelum dihukum dengan emosi.

Barangkali ada yang menganggapnya sekadar cerita, barangkali juga ada yang menemui bayang-bayang yang terlalu hampir dengan kenyataan. Yang tersirat tidak pernah meminta difahami, dan yang tersurat tidak pernah memaksa dipercayai. Selebihnya, biarlah nurani menjadi hakim, kerana sejarah sering membuktikan bahawa yang paling nyaring bukan semestinya paling benar, dan yang paling tinggi bukan semestinya paling mulia.

  • Education
    • UITM Shah Alam
    • SMK Tunku Ismail
    • SMK Junjong
    • SMK Idris Shah