nur natasya jusoh
Kuala Lumpur
setiap manusia di muka bumi Allah pasti melakukan kesilapan , kerana melakukan kesilapan adalah salah satu fitrah manusia . walaupun hitamnya sejarah hidup kita yang lepas , ianya tidak bererti akan hitam buat selama-lamanya . carilah "NUR" yang maha esa . in shaa Allah pasti ada jalan . berubah di dalam sekelip bukanlah suatu yang mustahil kerana di dalam islam tiada yang mustahil . Jika Allah taala mengkehendaki sesuatu pasti akan terjadi . carilah cinta Allah Taala terlebih dahulu barulah mencari cinta manusia . Jadilah seorang wanita seperti mutiara yang indah dipandang tetapi sukar di dapati . jadilah seorang muslimah yang kuat walaupun banyak rintangan yang dihadapi . diatas setiap ujian yang diberi oleh Allah taala mempunyai sebabnya tersendiri . apabila Allah taala merindui makhluknya , dia akan mengirimkan ujian kepada malaikat jibril untuk diberikan oleh makhluknya , supaya makhluknya sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepanya . ya Allah ya tuhanku , kau lindungilah kami daripada terpesong dari landasanmu ya Allah , kau terimalah segala amal ibadah kami kepadamu ya Allah , sesungguhnya , kau lah yang maha mengetahui lagi maha menyayangi .