Novem The Writer

Malaysia

NOVEM - Nama hamba Allah yang aku sendiri tidak kenal. Tapi aku tahu bagaimana dia hidup dalam ilmu yang di anugerahkan padanya. Aku sekadar meminjam namanya sebagai langkah perkenalan dalam perjalanan pena ini. Pena yang aku coret pada dinding-dinding alam, belum tentu setanding namanya.

AKU - Pelakon utama di pentas dunia ini. Akulah watak utama, watak sampingan, stunt man malah pembuat air tepi padang. Aku yang mengarah, meng-edit lakonan sendiri serta membuang part-part picisan pada layar sendiri. Tapi yang Maha Melihat sentiasa menilai dari Kursi-Nya. Dia tahu pasti akan ada ketika aku akan merapu dan menjahanam. Aku pegang talinya. Agar jatuh aku berpaut!

KARYA - Untuk kamu baca bagi yang melihat. Untuk awak mendengar bagi yang buta. Untuk kau merasa bagi yang pekak. Selagi deria masih terasa. Jika karya itu busuk, persetankan sahaja. Jika ia masyur, jangan dipuji. Biarkan ia jadi memori kepada yang mengerti.

AKU - Aku lagi??? Aku biarkan kamu berimaginasi sendiri bagi menilai siapa aku. Kerana setiap makhluk yang menilai pasti akan berbeza. Luaskan angan-angan mu. Jika diizinkan tuhan, perkenalan ini pasti manis. Ukwah yang terjalin, mana mungkin akan terputus!

  • Work
    • Penulis Amatur
  • Education
    • Dari perut ibu sehingga liang lahat