eiman alone

Nurizan.com bermula dengan menggunakan domain percuma dari Blogdrive lebih kurang 1 tahun. Dengan peningkatan jumlah pengguna dah rakan-rakan yang menggunakan domain blogspot dan khabar2 berita dimana blogspot lagi mudah untuk dikendalikan maka beralih pula ke blogspot. Setelah beberapa bulan menggunakannya, teruja pula untuk memulakan blog baru di selfhosted dah direkemenkan untuk menggunakan serverfreak. Pekerja tetap disebuah syarikat swasta di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan anak perempuan. Lahir pada tahun 1978 di Selangor, pernah menuntut di Sekolah Menengah Teknik KL (TIKL) dan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai mengambil jurusan Mekanikal dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Mekanikal pada tahun 2000. Dijangka untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Master yang dibiayai oleh pihak syarikat pada tahun 2010.