Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh

Teacher in Kampung Rhu Sepuluh, Permaisuri, Terengganu, Malaysia

Visit my website

Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Belakang Nelayan Resort, Kg Rhu Sepuluh, , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada awal tahun 1987, Kampung Rhu Sepuluh tidak mempunyai sekolah kerana ia merupakan sebuah kampung baru. Kampung ini wujud ekoran daripada perpindahan penduduk dari Kampung Kuala Baru Mangkok, akibat hakisan ombak pantai. Mereka terpaksa menghantar anak-anak belajar di Sekolah Kebangsaan Penarik. Jaraknya lebih kurang 4 kilometer jauhnya. Keadaan ini menyusahkan mereka kerana ketiadaan kenderaan untuk berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah.

Keprihatinan terhadap kepentingan pendidikan telah menyebabkan penduduk kampung merayu kepada pihak kerajaan dan ahli politik tempatan supaya dapat mendirikan sebuah sekolah. Saranan ini mendapat sokongan yang padu daripada Wakil Rakyat, YB Dato' Dr Mohd Yusof bin Haji Noor selaku Ahli Parlimen Setiu dan Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Mahmud bin Mansor selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri berjuang untuk merealisasikan impian mereka.

Pada 1 Mac 1988 bersamaan 12 Rejab 1408 sekolah ini mula dibuka dengan jumlah murid 127 orang untuk 6 kelas dan 11 orang guru termasuk Guru Besar dan seorang guru agama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh, sempena nama kampong ini. Manakala Guru Besar yang pertama dilantik adalah Tuan Guru Besar Ab Ghani Bin Latif.