Twittartis Malaysia
✪Hi semua✪
Twittartis adalah satu projek yang dimulakan pada tahun 2011 bertujuan untuk mempromosikan artis-artis Malaysia melalui account twitter mereka.
✪Kenapa MereTweet?✪
MereTweet (pendapat Twittartis) adalah menyampaikan kembali apa yang telah diTweet tanpa mengubah satu perkataan pun. Fungsi ini sama lah dengan fungsi "forward". Jadi apabila artis-artis menTweet, akan di"forward" supaya mesej artis-artis berkenaan akan tersebar lebih luas.
✪Bagaimana proses mereTweet dilakukan?✪
Sejujurnya, reTweet dilakukan secara automatic. Namun bukan semua Tweet akan direTweet. Cuma beberapa tweet terkini sahaja akan dipilih dan cuma beberapa tweet terkini itu akan direTweet. Penerangan terperinci bagaimana tweet dipilih tidak akan didedahkan. Biarlah rahsia.
✪Artis yang dipilih?✪
Artis yang difollow oleh Twittartis akan dipertimbangkan sama ada akan dipilih untuk proses reTweet atau tidak. Ini terpulanglah atas budi bicara Twittartis sendiri, namun satu perkara yang boleh Twittartis janjikan, Twittartis tidak akan bias dalam mereTweet. Jika projek ini mendapat sambutan (tidak bermakna banyak followers itu dapat sambutan, banyak feedback positif itu lah sambutan yang sebenarnya), jumlah artis yang difollow dan direTweet akan ditambah dari masa ke semasa.
✪Disclaimer✪
Twittartis tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa kerosakan yang berlaku samada dari segi fizikal atau psikologi kepada artis-artis yang difollow atau friends yang sudi follow. Jika ada artis yang tidak mahu direTweet, sila maklumkan kepada Twittartis samada melalui email ([email protected]) atau direct message ke Twitter. Retweet akan dihentikan dalam masa 24 jam. Twittartis berterima kasih jika artis berkenaan tidak "block" Twittartis, kerana tujuan Twittartis cumalah untuk promosi.
✪Kesimpulan✪
Kalau nak follow Twittartis, click kat sini. Kalau dah follow tapi rasa macam Twittartis ni tidak ada matlamat, sila bagi komen, lepas tu kalau nak unfollow, silakan. Part bagi comment tu penting ok. Oh and one more thing, Twittartis cuma akan follow artis sahaja dan definisi artis bagi Twittartis adalah berbeza mengikut keadaan, masa dan tempat.
Sekian.